KENALI SAYA

KENALI SAYA


Kenali Kamil Salleh
Kamil Salleh


NAMA : Kamil Salleh

BERASAL: Tumpat, Kelantan, Malaysia.

UMUR: 44 Tahun (2015)

STATUS: Berkahwin

TEMPAT TINGGAL: Ampang, Selangor, Malaysia.

URL BLOG: http://kamilsalleh.my






Kenali Kamil Salleh


Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua pengunjung setia saya. Terima kasih sudi membuka link berkaitan "Kenali Kamil Salleh". Di sini saya ceritakan serba sedikit berkaitan tentang diri saya.

Anda sudah sedia maklum nama saya ada tertera di atas. Semua berkaitan tentang diri saya sudah tercatat di atas. Bolehlah follow saya atau ada apa-apa ingin bertanya boleh juga menerusi Gmail saya.

Saya suka menulis blog berkaitan apa saja. Menggunakan tagline - "Hidup Ini Cuma Sementara, Akhirat Jua Tempatnya". Oleh itu gunakan kesempatan umur yang Allah Taala berikan gunalah sebaik mungkin. Tiada yang kekal di dunia ini. Lambat laun kita juga akan pergi meninggalkan semua yang ada di dunia ini bila seruan untuk mengadap Ilahi telah Allah tetapkan. Hidup mati adalah urusan NYA.

Saya hanyalah insan biasa tidak terlepas dari membuat kesilapan. Jika ada silap dan salah tolong maafkan saya ya..... Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Bersekolah hanya biasa-biasa saja hingga ke tingkatan lima. Bila dapat resul tidak beberapa elok, terus bekerja hinggalah sekarang ini.

Saya bekerja sebagai chef di salah sebuah kedai kek berstatus francais di Kelana Jaya. Ini bermakna saya sudah bekerja selama lebih kurang 26 tahun. Inilah kerja saya untuk menampung keluarga.

Menulis blog hanyalah secara sambilan saja sambil mencari pendapatan sambilan di blog. Adalah juga dapat hadiah melalui penyertaan contest blog anjuran blogger di Malaysia.

Hanya ini saja yang dapat saya ceritakan di sini berkenaan "Kenali Kamil Salleh". Semoga apa saja berkaitan tentang diri Kamil Salleh di sini, dapat sebanyak anda tahu siapa diri saya?

Sekian, terima kasih....

Jumpa lagi di lain artikel. Boleh klik mana-mana link di blog ini.

Wassalam........
0 Komentar untuk "KENALI SAYA"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top