Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video)

Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) sempena Bulan Kebangsaan 2017 atau dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan.



Pertandingan Instagram Merdeka 2017
Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Kredit JASA)


Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video)


Setiap tahun apabila dekat sahaja dengan bulan Ogos, pasti ada acara yang dianjurkan oleh badan kerajaan bagi memeriahkan bulan kemerdekaan. Pertandingan ini adalah salah satu pengisian program-program yang telah dirancang sempena Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini.

Majlis pelancaran Pertandingan Instagram Merdeka 2017 telah dilancarkan di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malayapada 18 April 2017 yang lepas. Ia dirasmikan oleh YB Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.



TEMA: #negarakumalaysia


#NegarakuMalaysia. Bagi memeriahkan suasana bulan kemerdekaan, apa kata kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyambut apa jua program untuk hari kemerdekaan yang telah dan sentiasa diadakan aturcara majlis terutamanya pada bulan Ogos.

Jika berkesempatan ryang dan masa yang ada, jom kita sertai Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) ini. Penyertaan berlangsung dari 16 April hingga 16 Ogos 2017. Hadiah yang ditawarkan amat lumayan. Setiap kategori ada hadiah  untuk pemenang bertuah. Di antara hadiahnya adalah seperti berikut....


Menang Hadiah Setiap Kategori (Foto dan Video)


Kategori: #im60umum, #im60siswa, #im60sekolah

  • HadiahTempat Pertama: RM1,200 + Wafer Emas + SetemKu
  • Hadiah Tempat Kedua: RM1,000 + Wafer Emas + SetemKu
  • Hadiah Tempat Ketiga: RM800,00 + Wafer Emas + SetemKu
  • Hadiah Saguhati: 60 hadiah saguhati dan RM50.0 + SetemKu

Boleh muat naik Foto atau Video anda yang menunjukkan rasa cintakan negara dengan bertemakan #negarakumalaysia dan hantarkan penyertaan anda kepada @instamerdeka mengikut kategori yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu #im60umum, #im60siswa, #im60sekolah.


Semoga ada yang berjaya dikalangan rakan-rakan kita, boleh tumpang kegembiraan bersama. Ramai dikalangan kita yang pandan dan profesional dalam mengambil foto-foto dan video yang menarik. Inilah peluang korang nak menang hadiah yang cukup lumayan.


Langkah-Langkah Penyertaan Perlu Dilakukan


  • Ambil ganbar atau foto menarik berkaitan merdeka seperti pakai baju bendera malaysia, kibar bendera Malaysia, ambil gambar berlatarbelakang pemandangan hari kemerdekaan, naik basikal berhiaskan bendera Malaysia, kereta berhias ala merdeka dan sebagainya.
  • Muat naik foto atau video di instagram @instamerdeka
  • Jangan lupa setiap foto dan video yang dimuat naik disertakan hashtah (#) seperti #instamerdeka


Saya doakan korang yang menyertai Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video) berjaya. Insya Allah.... "Tuah Ayam nampak di kaki, Tuah Manusia Tiada Siapa Tahu".

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Pertandingan Instagram Merdeka 2017 (Foto dan Video)"

Bolehlah sesiapa yang bermunat nak joun, hadiah pun lumayan jugak.

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top