Keunggulan Kopi Sebenar

Keunggulan Kopi Sebenar merentasi sepanjang zaman. Ia bermula semenjak dahulukala lagi. Sejarah mencatatkan bahawa penemuan kopi sebagai minuman berkhasiat dan bertenaga pertama ditemui oleh Bangsa Etiopia di benua Afrika sekitar 3000 tahun yang lalu.



Keunggulan Kopi Sebenar
Keunggulan Kopi Sebenar


Keunggulan Kopi Sebenar 

Perkataan kopi sendiri berasal dari bahasa Arab Qahwah yang bermaksud kekuatan kerana pada asalnya kopi digunakan sebagai makanan bertenaga, berkhasiat. Dalam perubahan dari generasi ke generasi, maka kini Koffie diambil daripada bahasa Belanda, kemudian ditukar pula perkataan kepada Coffee oleh bangsa Inggeris. Sementara di Malaysia ia dipanggil kopi.

Setiap kopi sebenar mempunyai kafein dan ada kesan perangsang kepada manusia/peminum. Namun begitu tidak ramai yang tahu fakta menarik tentang keunggulan kopi sebenar.

Minuman kopi sangat disukai ramai, di mana minuman kopi akan memberi keceriaan dan pelengkap seharian kepada pengemarnya.

Minuman yang dihasilkan daripada campuran air panas dan biji kopi panggang yang dikisar halus menjadi debu itu merupakan satu campuran yang serba lengkap untuk diminum setiap hari, menu untuk santapan tetamu dan ap saja majlis keraian.

Pengaruh kopi sebenar bermula setelah pernemuan pokok di Tanah Tinggi Habsyah dan mula tersebar ke Mesir dan juga Yamen pada abad ke-15. Lalu merentasi semoadan ke Armenia, Iran, Turki, Utara Afrika dan Amerika Syarikat serta ke serata Benua Eropah.


2 Jenis Keunggulan Kopi Sebenar

Terdapat 2 jenis keunggulan kopi sebenar yang biasa kita tahu tentang keunggulannya.

  • Kopi Arabika - Kopi Arabika mengandungi biji kopi premium dengan rasa yang lebih enak, lazat dan berkhasiat.

  • Kopi Robusta - Kopi Robusta mengandungi kadar kafein yang tinggi, berkualiti dan adalah kopi untuk perdagangan. Rasanya yang amat sedap, lazat dan enak untuk diminum.

Terdapat 10 buah negara yang menghasilkan kopi berkualiti tinggi dan rasa keunggulan kopi sebenar. Negara tersebut adalah Mexico, Colombia, Brazil, Guatamala, Habsyah, Ivory Coast, India, Uganda, dan Vietnam.

10 negara terbabit ini menjadi likasi ideal untuk penanaman kopi kerana di atas faktor cuaca dan suhu yang stabil, keadaan tanahnya yang subur dan berliang.

Menariknya tentang 20 negara ini, ia merentasi sempadan dunia dalam satu jalur pemetaan selari garisan Khatulistiwa dan juga dikenali sebagai "The Coffee Belt".


Keunggulan Kopi Sebenar Merentasi Sempadan

Kopi kini semakin digemari ramai, baik orang muda hinggalah ke peringkat orang lebih berumur. Ia telah merebak merentasi sempadan Benua  Afrika, Benua Asia, Benua Eropah hinggalah ke mana saja di seluruh dunia.

Ia juga telah zaman-berzaman diminum oleh masyarakat dunia dan telah terus diwarisi dari satu generasi ke generasi. Ia menjadi minuman pilihan ramai dan menjadi rutin harian setiap hari, tidak kira, siang , malam, pagi dan petang.


Jenama Keunggulan Kopi Sebenar

Ada pelbagai jenama kopi yang ada di pasaran dunia, ia tidak terkecuali apa yang ada di Malaysia.

Jenis kopi yang biasa kita temui adalah berbentuk serbuk halus, berbiji kasar dan ia telah dikomersialkan dalam paket campuran biasa, campuran 3 dalam 1 dengan campuran susu krimer.

Di antara campuran kopi yang terdapat di pasaran Malaysia adalah KopieSatu, Kopi Hang Tuah, Kopi Radix, Kopi Anggerik, Kopi Jantan, Kopi Kacip fatimah, Kopi, Kapal Api, Nescafe, Kopiko, Kopi Ali Cafe, Kopi jenama Yusmira, Kopi Tok Janggut, Old Town White Coffee, Kopi Mahkota Dewa, Kopi Super Best Power, Kopi Wonda dan pelbagai jenis lagi jenama yang ada di pasaran Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, ada satu jenis kopi yang paling mahal di dunia, iaitu berharga RM220 secawan. Kopi ini dipanggil nama sebagai "Black Ivory Coffee". Sanggupkah anda minum secawan kopi dengan harga semahal ini?


Kesimpulannya

Kopi menjadi minuman setiap masyarakat di dunia. Satu jenis minuman yang memberi tenaga kepada peminumnya.

Sehingga kini, kopi masih unggul dalam arenanya yang tersendiri. Keunggulan Kopi Sebenar turut diraikan oleh jenama yang hebat, popular, dikenali dan mendapat permintaan yang tinggi. Kelazatan kopi sebenarnya memang mengkagumkan.

Kopi Arabika dan Kopi Robusta yang sentiasa mendapat tempat di hati pengemarnya.

Sehinggakan ada hari masyarakat dunia menetapkan hari yang diberi nama "Hari Kopi Antarabangsa 2015"  Ia telah ditetapkan pada 1 Oktober setiap tahun.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Keunggulan Kopi Sebenar"

satu kisah yang amat menarik dan saya merupakan pengemar kopi .

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top