Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII

Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII. Kelantan menang bergaya mengalahkan Pahang 3-1 pada 16 Mei 2015 lalu dengan agregat 4-3 dan akan bertemu Lions XII di peringkat Akhir Piala FA 2015. Lions XII pula walaupun kalah dengan Terengganu 3-2 tetapi Lions XII dapat ke akhir kerana berkelebihan jaringan di tempat lain walaupun terikat seri 4-4 dari segi agregat.


 

[caption id="attachment_60" align="aligncenter" width="300"]Klelantan ke akhir Piala FA 2015 Kelantan Ke Akhir Piala FA 2015 - Sumber: Utusan Online[/caption]

 

Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII


Kelantan bermain di gelanggang sendiri memberi rahmat kepada mereka. Walaupun ada tentangan daripada Pahang, namun belum cukup skuad Tok Gajah merebahkan skuad The Red Warrior di Stadium Sultan Muhhamad IV, Kota Bharu dengan jaringan 3-1.


Pada perlawanan separuh akhir pertama pada 7 Mei yang lalu, Kelantan ketinggalan 0-1 kepada Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang tetapi pada malam tadi Kelantan tidak memberi ruang kepada Pahang untuk bergerak bebas.


Kelantan memperolehi gol pada minit ke-17 hasil jaringan Wan Zahrulnizam setelah mendapat hantaran silang daripada Wan Zack Haikal. Pahang terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Azzamuddin Akil memperolehi kad merah dan diperintahkan keluar padang pada minit ke-33 kerana menyiku Wan Zack Haikal. Perlawanan tamat separuh masa pertama dengan keputusan 0-1.


Bersambung separuh masa kedua, Pahang menyamai kedudukan apabila Gopinathan berjaya menyepak bola ke pintu gol Kelantan pada minit ke-58 menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi.


Bagi mendapatkan kelebihan gol di tempat sendiri, Kelantan mengeluarkan Piya dan mengantikan Muhammad NorFarhan, namun buntu mendapatkan gol walaupun menguasai perlawanan tersebut.


Jurulatih Kelantan, Mohd Azraai Khor Abdullah telah melakukan pertukaran strategi dengan menambah sengat di bahagian serangan dengan memasukkan Mohd Izuan dan Iwuji Amamchi. Ternyata percaturan Azraai berbaloi apabila Iwuji memperolehi gol pada minit ke 75 dengan menyepak kencang ke arah pintu gol Pahang yang dikawal oleh Khairul Azhan.


Pada minit-minit akhir perlawanan, Iwuji sekali lagi berjaya memperdayakan Khairul Azhan pada minit ke-91 setelah berlaku pergelukan di pintu gol Pahang.


Kelantan berjaya menewaskan Pahang dengan jaringan 3-1 dengan agregat 3-2 mengatasi Pahang. Kelantan akan bertemu Lions XII di peringkat akhir Piala FA minggu depan setelah mereka terikat agregat 4-4 dengan Terengganu. Lions XII berjaya ke akhir Piala FA keranaa kelebihan dapat jaringan di tempat lawan ketika bertemu Terengganu.


Maka dengan ini Kelantan Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII pada minggu hadapan. tahmiah buat Kelantan dan Lions XII berjaya ke Akhir Piala FA.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
0 Komentar untuk "Kelantan Layak Ke Akhir Piala FA 2015 Bertemu Lions XII"

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top