Keputusan Terkini Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang

Keputusan Terkini Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang | Bola sepak Malaysia telah membuka tirai perlawanan dengan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada malam ini di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor jam 8.45 malam ini.



Juara Piala Sumbangsih 2015
Johor DT Juara Piala Sumbangsih 2015

Keputusan Terkini Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang


31 Januari 2015 (Sabtu)

Keputusan Terkini

Johor DT ( 2 ) vs ( 0 ) Pahang

Penjaring Gol: Marcos Antonio - minit ke-36 (JDT) dan Luciano Figueroa - minit ke-58 (JDT)

Johor DT akan menanti kunjungan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor pada jam 8.45 malam ini. Perlawanan ini adalah merebut Piala Sumbangsih 2015. Ia adalah perlawanan pembuka tirai 2015 sebelum bermulanya Piala Super Malaysia 2015.

Satu perlawanan menarik, ia seperti ulangan perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014 di mana Pahang menang dengan sepakan penalti 5-3 setelah kedua-dua pasukan seri 2-2 dalam masa tambahan 30 minit.

Tok Gajah sudah pasti akan terus mengekalkan momentun mereka ketika menjuarai Piala Malaysia 2014 lalu. Mereka masih mengekalkan pemain import mereka seperti Martias Conti, Damion Steward, Dickson Nwakaeme dan Zesh Rehman.

Sementara itu Harimau Selatan pastinya tidak mahu luka mereka terus parah. Mereka pastinya menurunkan keempat-empat pemain import mereka iaitu Marcos Antonio, Hariss harun, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa.

Jom sama-sama kita saksikan perlawana Piala Sumbangsuh 2015 di stadium Larkin atau boleh juga menonton menerusi RTM1 jam 8.40 malam ini.

Marilah kita kongsi, siapakah yang menjuarai Piala Sumbangsih 2015 pada tahun ini? Apa pandangan dan ramalan anda terhadap perlawanan ini?

Majulah Sukan Untuk Negara.

Selamat menonton dan semoga terhibur dengan Piala Sumbangsih 2015 malam ini.
Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
2 Komentar untuk "Keputusan Terkini Piala Sumbangsih 2015 Johor DT vs Pahang"

JDT memang terbaik setakat ini..tahniah

Tahniah JDt berjaya juarai Piala Sumbangsih, satu permulaan yang baik untuk musim ini.

Jangan segan untuk memberi komen.
Saya akan membalas komen anda nanti.

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top